Selalu Kena Serangan GOUT, Ini 5 CARA Untuk Kurangkan Kesakitan Anda
Selalu terkena serangan GOUT memang boleh buat kita terasa terumbang-ambing. Kadang-kadang, sakitnya sampai tak boleh ditahan. Dan bila dah kena, memang tak boleh nak lari. Tetapi, jangan risau, ada cara untuk meredakan kesakitan gout yang melanda.
Berapa lama gout hilang?
Berapa lama gout berlaku ya? Biasanya, serangan sakit gout ini boleh berlaku antara 7 hingga 10 hari. Namun, ia juga bergantung kepada pengambilan ubat anda.
Cara kurangkan sakit gout
Ada yang bertanya, adakah gout sakit? Ya, kadangkala rasa sakittnya tidak tertahan. Oleh sebab itu, anda kena tahu makanan punca gout dan cara atasinya seperti di bawah ini:
1.Kekal Hidrasi, Minum Air Kosong Secukupnya.
Pastikan tubuh sentiasa hidrasi bila terkena gout, minum air kosong dengan kadar yang mencukup sangatlah penting. Tujuannya bukan sekadar nak hilangkan dahaga, tapi juga untuk membantu sistem badan kita mensingkirkan asid urik dengan lebih lancar. Cuba pastikan minum 8 gelas air sehari.
Dan jangan risau, kalau kes gout kita teruk sangat, doktor boleh bagi suntikan kortikosteroid ke sendi yang sakit tu. Ianya berguna terutamanya bagi mereka yang sensitif terhadap ubat-ubatan lain.
2. Ambil ubat yang disarankan
Ambil Ubat Mengikut Arahan Doktor.Kalau sebelum ni kita pernah kena gout, memang doktor dah tetapkan ubat-ubatan tertentu untuk merawat serangan-serangan akan datang. Contohnya:
- Ubat penahan sakit yang lebih kuat macam kodin, hidrokodon, dan oksikodon
- Kortikosteroid, baik ambil secara mulut atau disuntik terus ke sendi yang sakit
- Ubat-ubat macam colchicine, yang khas untuk gout dan terbukti berkesan kurangkan kesakitan dan keradangan kalau ambil dalam masa 24 jam pertama serangan.
3. Gunakan Bantuan Ais untuk Kurangkan keradangan Sendi
cuba la letak pek ais kat sendi yang sakit. Terapi sejuk ni boleh kurangkan rasa sakit dengan mengurangkan keradangan dan isyarat sakit.
4. Dapatkan Rehat yang cukup
Jangan lupa untuk beri tubuh rehat yang cukup. Rehatkan sendi yang sakit dan elakkan tekanan yang boleh buat sakit tu bertambah teruk.
5. Kawal Diet Pemakanan Anda
Cuba hadkan pengambilan makanan tinggi protein haiwan, dan elakkan gula serta makanan laut. Pastikan diet kita kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
6. Amalkan buah-buahan Tinggi Vitamin C
Kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu mengurangkan kadar asid urik dalam darah. Tambahkan buah-buahan seperti lemon, delima, dan nanas ke dalam diet harian anda untuk mendapatkan dos vitamin C yang mencukupi.
Selain dari mengamalkan bahan-bahan yang disebut diatas, anda juga boleh cuba Jus Tok Adi.Jus Tok Adi mengandungi bahan-bahan seperti Lemon, Nanas, Delima dan kurma yang kaya dengan Vitamin C bagus untuk mengurangkan asid urik dalam badan.Selain Itu, ia juga ditambah dengan bahan-bahan anti radang yang lain seperti halia, bawang putih dan kunyit hitam bagus untuk mengurangkan bengkak gout.
Walaupun jarang diperlukan, kadang-kadang pembedahan pun boleh jadi satu pilihan, terutamanya untuk hilangkan tophi, yang ialah pertumbuhan putih kecil yang boleh berlaku bawah kulit. Jadi, jangan risau, ada cara untuk kurangkan kesakitan gout. Yang penting, sentiasa jaga kesihatan dan konsultasi dengan doktor jika perlu.